bg

aten fasya

Tuesday, February 28, 2012

tutorial tudung bawal style by atenfasya

assalamualaikum . . hye sume , kali ini sekali lagik saya buad tutorial tudung bawal . tapi style yang laen . .


mula style ni bila ternampak sorang MODEL dari butik . . . sorry takingat :(
serious berkenan tengok dia pakai . TUDUNG BAWAL !  tapi sayangnya takda tuto . .


so , bermulalah kerajenan datang untuk melilit lilit tudung sampai akhirnya . yesss BERJAYA ! tapi taktahu lah cara yang sama macam model tu pakai , tapi yang pastinya nampak macam sama . cara lilit ja berbeza maybe . .

ni bahagian depan n belakang . .


selepas memasukkan pic ni ramai pulekk mintak tuto . .

dalam kerajenan terus buad tuto ni . . video gelap ceket sebab cuaca mendung n lampu yang buad buad romantik gituu . .


sekali lagik sila abaikan suara saya y ceket comel dan macam cartoon . HAHAHA

ok nie ha tuto nya . selamat mencuba ! !


bubye . . .   :)

Wednesday, February 22, 2012

tutorial tudung bawal cara saya - atenfasya

assalamualaikum . . . .


ok , semalam rajen rajen buad tutorial . tudung bawal . yess ! jatuh cinta semula dengan tudung ini . . di kala kerajinan dan kemalasan bole je pakai tudung ni .

MALAS : sebab nak kena iron dan bentukkan kat kepala . kalau takjadik bole mnyebabkan masa yang lama diambil dan penting sekali angin yang buad muka merah datang ditambah pula dengan kekalutan orang sekeliling . . .


RAJEN :  sebab senang jugak nak dipakai . takpayah nak lilit lilit bagai, cuma lipat ceket aje :)


layan je la video ni . tapi SILA ABAIKAN SUARA BABY Y COMELL DAN SUARA AKU YANG SERAK BASAH MACAM CARTOON . .

ok . takbole edit video sebab hilang suda n lappy takbole download . haha


Wednesday, February 8, 2012

saya sayang dia

assalamualaikum sume . hari ini tetiba rasa teringin nak menulis blog yang dah bersawang ni .


saya akui , blog jugak lah tempat untuk diluahkan sedikit perasaan . sekurang kurangnya hati ini terubat sedikit apabila melepaskan luahan hati di sini .


 'saya sayang dia ' . . ya , sesungguhnya saya teramat menyayangi arwah tok yang baru sahaja pergi meninggalkan kami beberapa hari yang lalu . sesungguhnya kami redha dengan pemergiannya .


al-fatihah untuk arwah tok . semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman .


arwah tok telah terlantar 3bulan selepas diserang stroke kali k3 . alhamdulillah , semua persiapan untuk arwah tok berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun ambil masa beberapa jam ja setelah meninggal dunia . arwah tok menghembuskan nafas terakhir pada jam 4petang dan dikebumikan pada jam 11 malam hari yang sama .


masih terngiang ngiang ayat ayat suci al-quran yang selalu dibacanya selepas selesai mendirikan solat . ya , arwah tok seorang yang kuat semangat . walaupun dia dalam keadaan lumpuh sebelah badan namun dia masih kuat untuk melakukan kerja kerja rumah .


memang saya akui , saya rindu suara leteran arwah . suara leteran yang dahulunya saya tidakmahu langsung untuk mendengar . yang saya rasakan leteran yang saya benci . benarlah kata orang , sewaktu ada diabaikan , tapi bila dah tiada muncullah rindu . .


orang yang paling rasa kehilangannya mungkin saya . ya saya , sebab saya tidak pernah berpisah dengan arwah semasa arwah terlantar sakit setahun lalu pabila diserang stroke kali ke2 .


saya yang menemaninya setiap hari . member arwah makan setiap tengahhari , namun sume itu takcukup untuk membalas jasanya yang membesarkan saya sewaktu kecil . kadang kadang saya ada juga membuat salah dengan takmelayan arwah dengan baik semasa hayatnya . bukanlah menyakitkan hatinya tapi mungkin ada yang kurang semasa menjaganya .


rumah mulai sunyi . dan sesungguhnya saya rindu arwah tok . semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman . hanya sedekahkan ayat ayat al-quran yang boleh diberi  . insyaallah akan saya berubah ke arah yang lebih baik untik arwah tok . insyaallah saya akan sedekahkan ayat ayat al-quran untuk arwah tok sebagai bekalan . al-fatihah