bg

aten fasya

Sunday, April 29, 2012

TIPS WAJAH

assalamualaikum , wah lamanya tak membebel disini . . hari ni nak kemaskan belog yang saya , dah bersawang . banyaknya labah labah . . ish, apa yang aku merapu ni ? okey sebenarnya saya tuan empunya belog yang bernama aten fasya kini rajen nak menulis tentang TIPS WAJAH . .




SHARING IS CARING kan ? SHARING HUBBY ? wa cepukk lu ! haha

okey . .

Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Mata…

Buat Garis Mata anda, itu adalah cara yang paling berkesan menarik perhatian ramai. Pastikan anda aplikasikan ‘liner’: sama ada menggunakan pembayang mata, pensel mata(celak) atau cecair(liquid) berhampiran dengan dasar bulu mata. Bermula dari sudut dalam mata sehingga bawa ke sudut luar mata. Lihat di cermin setelah selesai membuat garis di dasar bulu mata dan pastikan yang Lurvee de Crypashios melakukan garisan sesuai tebalnya agar mata anda kelihatan terbuka lebar.

INGAT!..Jangan melakukan garisan di tepi bahagian dalam mata anda, ia akan menampakkan lagi mata anda kecil dan terutamanya dari segi kesihatan, ia juga berisiko jangkitan dan luka di mata sendiri.

---------------------------------------------------


Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Pipi….

Menyapu pemerah pipi(blush) pastikan anda tersenyum ketika menyapu ‘blush’, Mengapa?? Ini kerana senyum adalah yang terbaik mencari ‘epal pipi’ anda, ia lebih ‘naturally blush’. Sapukan membulat lebar di epal pipi anda dan bawa kembali ke garisan rambut(hairline). Gunakan berus besar berbulu lembut dan berbentuk bulat. ‘Tap’ lebihan ‘blush’ sebelum menyapu ke pipi, sapukan rata jauh dari tulang pipi anda agar ‘blush’ nampak lebih natural.

JANGAN!!..untuk mencuba kontur tulang pipi anda ini akan kelihatan tidak natural. Teknik kontur tulang pipi hanya sesuai untuk ‘Fashion Shoots’, ‘Theater’ atau ‘Film’.

----------------------------------------------------


Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Kening… 

Bentukkan bulu kening anda. Kening yang berbentuk rapi dan cantik dapat menyerlahkan mata anda. Sebelum menggunakan ‘tweezer’ teliti dahulu bentuk kening anda. Lenkungan yang semulajadi tercipta adalah terbaik untuk wajah anda, hanya perlu menyempurnakan, bukan mencipta kembali!!..Cabut bulu antara kening dan di bawah lengkungan. Selanjutnya gunakan berus kening atau berus gigi yang lama untuk merapikannya ke atas. Gunakan gel kening (brow gel) untuk lebih kemas lagi.

Jangan!! Terlalu mencabut bulu kening sehinggakan ia menjadi nipis/halus, ia ketinggalan zaman. Kadangkala bulu kening tidak tumbuh kembali atau ia tumbuh jarang. Buatlah dgn niat untuk menampakkan ketrampilan bukan untuk cantik semata2. CONFIDENT ATTITUDE !!!

tapi tapi tapi . untung kening takpayahla nak cukur or cabut . bukan aten fasya yang kata takpayah ! tapi ALLAH . HARAM taw cukur kening . . sekarang takpayah nak cukur kening untuk nak bentuk . . dengan make up ja da bole bentukkan kening bentuk apa pon yang korang nak ..


sekian untuk kali ni <3

Sunday, March 18, 2012

pabila tanganku mula menconteng . .

wahh . tajuk tu . okey . sebenarnya bukanlah conteng conteng di dinding umah mamaku , tetapi di muka adek adekku . hahahaaha


ditambah pula dengan keiginan mereka sendiri untuk diconteng . maka , dengan  kerajenan yang ada lantas ku petik gitar ehhh ku mengambil berus jamban  . . copp . berus untuk menconteng muka lalu ku conteng kan muka mereka mereka yang sudi .


tengok je la apa dh jadi sama muka mereka


y ni taktahu la jnis ape


ni mulut rainbow


masquerade kot y ni


ha , takott tak ?


y nie NICKI MINAJ . ingat sonang buad rambut tu ? haha


sebenarnya ada lagik y diconteng tapi make up yang biasa biasa ja . hihi

takde keje namanya . . .

Tuesday, February 28, 2012

tutorial tudung bawal style by atenfasya

assalamualaikum . . hye sume , kali ini sekali lagik saya buad tutorial tudung bawal . tapi style yang laen . .


mula style ni bila ternampak sorang MODEL dari butik . . . sorry takingat :(
serious berkenan tengok dia pakai . TUDUNG BAWAL !  tapi sayangnya takda tuto . .


so , bermulalah kerajenan datang untuk melilit lilit tudung sampai akhirnya . yesss BERJAYA ! tapi taktahu lah cara yang sama macam model tu pakai , tapi yang pastinya nampak macam sama . cara lilit ja berbeza maybe . .

ni bahagian depan n belakang . .


selepas memasukkan pic ni ramai pulekk mintak tuto . .

dalam kerajenan terus buad tuto ni . . video gelap ceket sebab cuaca mendung n lampu yang buad buad romantik gituu . .


sekali lagik sila abaikan suara saya y ceket comel dan macam cartoon . HAHAHA

ok nie ha tuto nya . selamat mencuba ! !


bubye . . .   :)

Wednesday, February 22, 2012

tutorial tudung bawal cara saya - atenfasya

assalamualaikum . . . .


ok , semalam rajen rajen buad tutorial . tudung bawal . yess ! jatuh cinta semula dengan tudung ini . . di kala kerajinan dan kemalasan bole je pakai tudung ni .

MALAS : sebab nak kena iron dan bentukkan kat kepala . kalau takjadik bole mnyebabkan masa yang lama diambil dan penting sekali angin yang buad muka merah datang ditambah pula dengan kekalutan orang sekeliling . . .


RAJEN :  sebab senang jugak nak dipakai . takpayah nak lilit lilit bagai, cuma lipat ceket aje :)


layan je la video ni . tapi SILA ABAIKAN SUARA BABY Y COMELL DAN SUARA AKU YANG SERAK BASAH MACAM CARTOON . .

ok . takbole edit video sebab hilang suda n lappy takbole download . haha


Wednesday, February 8, 2012

saya sayang dia

assalamualaikum sume . hari ini tetiba rasa teringin nak menulis blog yang dah bersawang ni .


saya akui , blog jugak lah tempat untuk diluahkan sedikit perasaan . sekurang kurangnya hati ini terubat sedikit apabila melepaskan luahan hati di sini .


 'saya sayang dia ' . . ya , sesungguhnya saya teramat menyayangi arwah tok yang baru sahaja pergi meninggalkan kami beberapa hari yang lalu . sesungguhnya kami redha dengan pemergiannya .


al-fatihah untuk arwah tok . semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman .


arwah tok telah terlantar 3bulan selepas diserang stroke kali k3 . alhamdulillah , semua persiapan untuk arwah tok berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun ambil masa beberapa jam ja setelah meninggal dunia . arwah tok menghembuskan nafas terakhir pada jam 4petang dan dikebumikan pada jam 11 malam hari yang sama .


masih terngiang ngiang ayat ayat suci al-quran yang selalu dibacanya selepas selesai mendirikan solat . ya , arwah tok seorang yang kuat semangat . walaupun dia dalam keadaan lumpuh sebelah badan namun dia masih kuat untuk melakukan kerja kerja rumah .


memang saya akui , saya rindu suara leteran arwah . suara leteran yang dahulunya saya tidakmahu langsung untuk mendengar . yang saya rasakan leteran yang saya benci . benarlah kata orang , sewaktu ada diabaikan , tapi bila dah tiada muncullah rindu . .


orang yang paling rasa kehilangannya mungkin saya . ya saya , sebab saya tidak pernah berpisah dengan arwah semasa arwah terlantar sakit setahun lalu pabila diserang stroke kali ke2 .


saya yang menemaninya setiap hari . member arwah makan setiap tengahhari , namun sume itu takcukup untuk membalas jasanya yang membesarkan saya sewaktu kecil . kadang kadang saya ada juga membuat salah dengan takmelayan arwah dengan baik semasa hayatnya . bukanlah menyakitkan hatinya tapi mungkin ada yang kurang semasa menjaganya .


rumah mulai sunyi . dan sesungguhnya saya rindu arwah tok . semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman . hanya sedekahkan ayat ayat al-quran yang boleh diberi  . insyaallah akan saya berubah ke arah yang lebih baik untik arwah tok . insyaallah saya akan sedekahkan ayat ayat al-quran untuk arwah tok sebagai bekalan . al-fatihah




Sunday, January 15, 2012

DRESS HOT + CUTE + STYLE !

Assalamualaikum kakak , adik , mak cik , mak su dan dot dot dot . .


setelah sekian lamanya tak update bloggg , lama ke ? dengan ini , saya sekali lagi ingin memberitahu kalian kalian bahawasanya saya kini  COMELL ! haha . sila muntah .


takla , saya sekarang menjual DRESS yang sangat cantik bila dipakai oleh si cantik . yang kureng cantik macam saya pon bila gayakan lagi bertambah cantik dari yang cantik .  ye ke ? ye lah . . .


NATURACTOR FOUNDATION n LOOSE POWDER tu saya still jual jugak . untuk DRESS yang saya jual dijamin kualitinya dan harga yang paling best kalau nak dibandingkan dengan harga di BUTIK luar . CONFIRM ! bukan MURAH CEKET yer , RM20++ murahnya jika dibandingkan dengan harga kat luar . .


so , tunggu apa lagi . jum la SHOPPING sama saya .


sume STYLE yang terbaru yer . yang BERTUDUNG n TAK BERTUDUNG : dua dua bole pakai . senang digayakan dan harga berpatutan . .


nie MAXIDRESS , cantik kan ? harga kat luar rm90++



ni BLOUSE paling HOT sekarang ! bole pakai dengan seluar atau skirt


HOODIE STYLE ! trend sekarang . yang bertudung bole pakai dengan INNER COVER NECK


SKIRT A-SHAPE ! cantik kan ?


LONGSLEEVES . comell dipakai


BLOUSE agak labuh . sesuai jugak untuk preggy women


yang ni SHIRT yang cute




sekarang PROMOSI BUY 3 GET FREE POSTAGE ! jimat rm15-rm20

postage rm7/rm10 yer . kenapa postage mahal ?

ok , postage mahal ceket bergantung berat kain tu yer . lagik berat lagik mahal ! sekarang promosi , so jom shopping dengan saya . huhu


nak warna warna laen bole tengok dalam album FESBUK saya yer


SEKIAN :)

Sunday, January 8, 2012

NATURACTOR FOUNDATION n LOOSE POWDER

Assalamualaikum , salam sejahtera . . kepada anda semua moga bahagia .

acewahh . nyanyi ceket . . biar taksedap asal beradap . ewahhh


ok , berkenaan tajuk yang tertulis comel di atas itu , maka dengan ini , saya , ATEN FASYA , (berapa banyak komalah,,,,asal orang yang baca TAKKOMA udah ler) . . ingin memberitahu anda bahawasanya saya MENJUAL NATURACTOR ORIGINAL (foundation and loose powder) .


tunngu apa lagi , jum la usha usha pic NATURACTOR . kalau berminat sila INBOX saya .bagi nama , alamat , no tel dan code . . di fesbuk aten fasya ok . 


kite pon guna NATURACTOR ni. kite suka sebab tu kite jual . fuuhhhh !! orang yang baca WAJIB beli (jampi mak jemah) :p


taktahu apa itu NATURACTOR ? nie ha PIC



NATURACTOR COVER CREAM MERUPAKAN FOUNDATION YANG DAPAT MENUTUP SEMUA CELA-CELA DI WAJAH...

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM
>> Anti kilauan / tidak berminyak.
>>100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
>> Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai
foundation
>> Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
>> Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
>> Long lasting & tahan sehingga 12 jam
>> Tidak menutup pori-pori
>> Sering diguna pakai oleh makeup artis professional

Ciri2 Naturactor Tiruan:
1. Berminyak dan bila pakai nampak berminyak sangat.
2. Bila Apply banyak kali pun tidak akan menutup cela atau parut2.
3. Teksturnya sangat lembik tidak padat. 

Naturactor yang bagus 
1. Tidak berminyak
2. Apply sikit je sudah boleh menutup cela
3. Tekturnya sangat padat dan ala matte gitu. Bila apply terasa kesat sikit (ala2 dermacolor.)


yang ni pulekk LOOSE POWDER  



loose powder : bedak yg sgt halus..hasil lebih halus n menghasilkan solekan yg sgt gebuu gituuu.... ;)

hanye sedikit pengunaan dh cukup..berbanding bedak compact yg memerlukan pemakayan yg banyak..


YANG NIE perbezaan ORI n TAK ORI ok (saya jual ori)




tekstur berminyak , harga lebih murah .
pelekat belakang taksama kan warnanya . . 


nak ORDER cari kite okey ! sekian . .